Sabtu, 4 Januari 2014
Pengenalan dari kami
Assalamualaikum
w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat
Ilahi kerana dengan izin kurnianya memberi kesempatan kepada kami untuk
menyempurnakan tugasan bagi subjek TPK2101W Teknologi
Pengajaran ini. Subjek
ini menuntut kami melaksakan satu projek dalam talian/ internet untuk
mengembangkan pembelajaran yang kami perolehi di dalam bilik kuliah dan
mengaplikasikan ilmu tersebut dialam maya. Sepanjang menjalankan kerja kursus
ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis
yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar.
Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya
akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.
Di kesempatan ini,
kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang
menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Tn. Hj. Manas bin Lehan kerana beliau
telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini.
Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang
telah diamanahkan ini.
Oleh itu, kami
juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah
banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan
ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan
usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Harapan kami agar
pengisian didalam blog ini (sahabatbahasarab) dapat memberi manfaat kepada
pelajar mahupun para guru di Malaysia. Semoga kita semua menjadikan bahasa arab
bahasa yang senang dipelajari dan difahami.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan