web stats

Jumaat, 10 Januari 2014

Tips Anak Bijak


1. Ketika anak-anak kita tengah tidur-tidur ayam, kita bercakaplah dengan mereka dengan sepenuh hati & sejujurnya bahawa kita menyayanginya.
2. Guna flash card sebagai bahan untuk mengajar anak kita.
3. Ajar anak2 kita bermain tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas & sebagainya kerana GERAK KERJA TANGAN adalah HASIL DARI OTAK KANAN.
4. Jangan marah atau tengking anak-anak kita. Ini kerana mereka akan simpan apa yang kita marah tadi pada otak kiri.
5. Bercerita sesuatu dengan anak-anak, TAPI kita JANGAN HABISKAN CERITA TU.. suruh anak-anak kita pulak yang sambung…
6. Kita jugak boleh bermain teka-teki dengan anak-anak. Antaranya, kita boleh masukkan barang dalam kotak dan suruh mereka teka, atau suruh mereka cari benda tersembunyi misalnya ketika di atas katil, kita minta mereka mencari gambar yang ada pada cadar mereka, gambar, poster atau apa-apa sahaja yang kita gantung pada dinding.
7. Ganti perkataan  ‘JANGAN’ dengan perkataan perkataan ‘TOLONG’. Contohnya “Alisha, tolong diam..” berbanding “Alisha, jangan bising”..

Dipetik dari  : http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2011/12/tips-anak-bijak-guna-otak-kanan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan